Isnin, 25 Februari 2013


LADAP 2 : ORIENTERING


Pada hari Sabtu yang lalu (23/2/2013), semua guru SKSE telah menjalani LADAP 2 iaitu pandu arah. Guru-guru belajar mengenai orientering dengan membaca kompas dan menentukan arah menggunakan bearing. Jurulatih pada hari tersebut tidak lain dan tidak bukan, ahli panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, En. Abd Hairlir b. Mat dan Pn. Nawarul Aidah Mohd Nazir. Semua guru seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan semoga kita dapat menjalankan aktiviti sebegini pada masa akan datang. Penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Isnin ketika perhimpunan rasmi. Tahniah buat semua!!!










PENYAMPAIAN HADIAH


JUARA KUMPULAN 1 : RUMAH MERAH





NAIB JUARA KUMPULAN 1 : RUMAH HIJAU










JUARA KUMPULAN 2 : RUMAH KUNING







NAIB JUARA KUMPULAN 2 : RUMAH BIRU






KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA & PENOLONG KELAS DI KEM WARISAN, DURIAN TUNGGAL





Bermula hari Jumaat hingga Sabtu  yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan Unit Pengawas dan Disiplin telah mengadakan kem kepimpinan untuk semua pengawas, pengawas PSS dan juga ketua serta penolong kelas. Semua murid yang terlibat sangat seronok dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti yang dijalankan
Penerangan daripada fasilitator



Pengalaman makan dalam dulang




Murid mengemas barang untuk pulang

Majlis penutup








Khamis, 21 Februari 2013


KLINIK BOLA JARING OLEH UNIKL

Pada hari Rabu ( 20/2/2013), sekumpulan pelajar UNIKL telah hadir untuk memberikan sedikit tips kepada pemain bola jaring sekolah serta ahli kelab permainan bola jaring. Selepas itu, satu pertandingan antara pelajar Unikl bersama guru SKSE telah dijalankan. Semoga usaha sama ini berterusan untuk kejayaan masa depan.





LATIHAN MERENTAS DESA 2013

Pada hari Selasa yang lalu, latihan merentas desa telah dijalankan dengan jayanya.walaupun keadaan agak mendung dan hujan rintik-rintik namun tidak menghalang semangat murid-murid untuk bersukan...syabas buat murid-murid SKSE.



Selasa, 19 Februari 2013


MAJLIS PERSARAAN EN. SALLEH KARIM PERINGKAT SEKOLAH




Jumaat ini, 22 Februari 2013, tamatlah sudah perkhidmatan En. Salleh dalam bidang pendidikan. Terlalu banyak jasa yang telah ditaburkan kepada murid-murid dan semoga dengan persaraan ini, En. Salleh akan dilimpahi dengan kegembiraan bersama keluarga.


Majlis Persaraan En. Salleh Karim peringkat SKSE


Penyampaian cenderamata dari setiap tahun 1-6, pra sekolah dan kelas pendidikan khas













SELAMAT HARI LAHIR!!!!!




Selamat hari Lahir diucapkan kepada semua murid-murid, guru-guru dan juga kakitangan SKSE yang lahir pada bulan Februari. Semoga dipanjangkan usia untuk beribadat dan dimurahkan rezeki.


GURU-GURU

EN. SALLEH KARIM

PN. HJH NAPISAH AHMAD

PN. WAN NORHERAWATI WAN SALLEH

PN. KATINA SEMAN



MURID-MURID


   


PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40
Pada 16 Februari yang lalu. SKSE telah menjalankan dua program iaitu Majlis Perasmian Sekolah Angkat oleh Jabatan Penerangan Negeri Melaka serta Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 bagu tahun 2013. Seramai 116 orang ibu bapa dan penjaga  serta 34 orang guru telah hadir dalam program terbabit. Yang Berhormat  Datuk Latipah Omar telah merasmikan majlis terbabit yang telah diadakan di dewan besar SKSE tepat jam 8.30 pagi.
Buat julung kalinya, SKSE telah dipilih oleh Jabatan Penerangan Negeri Melaka sebagai sekolah angkat untuk tahun 2013. Pihak penerangan akan sama-sama membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah terutama murid tahun 6. Pihak Jabatan Penerangan telah bermurah hati menyumbangkan RM 5000 untuk program sekolah. Pihak sekolah berbesar hati dengan bantuan yang telah diberikan dan moga murid-murid dapat memanfaatkan sumbangan yang telah diberikan.
SUMBAGAN OLEH JABATAN PENERANGAN NEGERI MELAKA


Mesyuarat PIBG dimulakan dengan pembentagan kewangan dan penyata kewangan. Kemudian, usul-usl yang dikeluarkan oleh ahli PIBG dibacakan dan dibincangkan dalam mesyuarat selain bangkitan isu-isu lain. Kemudian, pemberian anugerah diberikan kepada guru-guru yang berjaya menaikkan prestasi UPSR 2012 serta murid-murid yang telah berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR tahun lepas. Majlis diakhiri dengan cabutan nombor bertuah.

 Mesyuarat Agung PIBG kali ini amat berinformasi memandangkan terdapat hubungan dua hala antara ibu bapa dan guru-guru. Semua pihak bekerjasama dalam meningkatkan prestasi, kebersihan dan keindahan sekolah. Inilah yang diinginkan oleh pihak sekolah iaitu kerjasama antara semua pihak dan semoga hubungan baik yang terjalin ini mampu memberikan yang terbaik untuk semua warga SKSE. 

Pn Habibah dan Pn. Ema Moniza yang telah memperoleh anugerah


Jumaat, 15 Februari 2013


PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6


Pada hari Sabtu yang lepas (09 Februari 2013), satu perjumpaan untuk bertemu dengan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memastikan ibu bapa dapat bersama-sama dengan guru-guru untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid tahun 6. Guru Besar dan semua guru matapelajaran tahun 6 telah  menyampaikan maklumat mengenai subjek yang diajar kepada ibu bapa. Ibu bapa juga telah diberikan peluang untuk bertanya mengenai prestasi anak-anak mereka kepada guru-guru subjek.




semoga dengan kerjasama antara ibu bapa dan tenaga pengajar SKSE, kita mampu memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya...SKSE BOLEH!

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU 

Pada hari Rabu yang lepas, (6/2/2013) semua guru dan kakitangan SKSE telah memeriahkan majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan guru-guru yang berpindah ke sekolah lain. Mereka adalah:


                       PN.YUSNITA YUSOFF - Berpindah ke SK Lesong Batu sebagai GPK Koku, Alor Gajah



PN. SALIZA MD. ROS - Berpindah ke SK Pulau Sebang, Alor Gajah



EN. MOHD ZAKI BAHAROM - Berpindah ke SK Kem Terendak, Sungai Udang



EN. KHAIRUL ANUAR ABD RAHIM - Berpindah ke SK Demang Taha, Masjid Tanah



Majlis perpisahan telah dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mat Noor bin Lateh. Kemudian, Pengerusi Kelab Staf iaitu Pn. Hazratul Mardziah diikuti dengan Puan Guru Besar telah memberikan sedikit ucapan. Seterusnya ketiga-tiga guru yang diraikan memberikan sedikit ucapan. Walaupun En. Mohd Zaki tidak hadir pada majlis tersebut, namun semua warga SKSE dapat merasai kehadiran beliau. Majlis kemudian diserikan dengan penyampaian hadiah dan juga tayangan slide. 

Kepada Pn. Yusnita, Pn. Saliza, En. Khairul Anuar dan juga En. Mohd Zaki...anda semua pernah berada dan berjuang bersama kami...kami doakan agar kalian semua terus berjuang untuk generasi negara walau di mana berada. SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH YANG BARU DENGAN AZAM DAN SEMANGAT YANG LEBIH POSITIF!













Selasa, 5 Februari 2013

PELANCARAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS & PROGRAM NILAM 2013




HARI       : ISNIN
TARIKH : 04 FEBRUARI 2013
TEMPAT : KANTIN SKSE

Semalam telah berlangsungnya 2 majlis pelancaran iaitu Pertandingan Kebersihan Kelas dan juga Pelancaran Program Nilam bagi tahun 2013. Kedua-dua majlis ini telah berlangsung pada perhimpunan rasmi sekolah. 

Pelancaran Pertandingan Kebersihan Kelas telah dijayakan oleh Pn. Guru Besar di mana guru bertugas mingguan telah diberikan buku rekod kebersihan dan keceriaan sekolah untuk diisikan dengan markah berdasarkan penilaian sepanjang minggu.


PN. NAWARUL AIDAH
PN. NURUL HUDA mewakili Pn. KATINA

                          




Memandangkan cuaca hujan, maka perhimpunan telah diadakan di kantin sekolah. Pn. Hjh Napisah telah diberikan penghormatan oleh pihak PSS untuk merasmikan majlis pelancaran Nilam pada tahun ini memandangkan beliau bakal bersara tidak lama lagi.

Beberapa anugerah juga telah disampaikan semalam. Berikut adalah keputusannya:

Kehadiran Terbaik Bulan Januari

Kelas 3 Aktif  (98.5%)




Pengunjung Bertuah PSS Bulan Januari

Tahap 1 : Mohd Yazid ( 3 Naim )
           Tahap 2 : Mohd Azwar Khan ( 4 Ehsan )





Kelas Paling Banyak Meminjam Buku Bulan Januari

                           Tahap 1  : Kelas 3 Aktif  & 2 Perkasa (68 buah)
Tahap 2  : Kelas 6 Arif (68 buah)





Tahniah buat semua pemenang...ingat...NADI ILMU AMALAN MEMBACA


sepanjang majlis pelancaran

penyerahan buku rekod NILAM kepada guru kelas

Perasmian Program NILAM & Penyerahan banting kepada penyelaras
 PSS dan NILAM sekolah