Ahad, 17 Mac 2013


KEM BESTARI SOLAT 1 (2013)



Pada hari Sabtu (16 Mac 2013), Panitia Agama Islam SKSE telah menganjurkan Kem Bestari Solat 1 bagi tahun 2013. Semua murid dari tahun 1 hingga 5 terlibat dalam kem kali ini.Tahun 6 tidak dapat terlibat sama kerana menjalani kelas tambahan. Tahniah kepada semua guru yang berjaya hadir dan murid-murid yang telah belajar dengan penuh tekun. Semoga ilmu yang diperolehi bakal diaplikasikan dalam hidup dan membimbing kita ke arah kebaikan. Amin.









Sabtu, 9 Mac 2013


KEM JATI DIRI MURID TAHUN 6



Sekarang sedang berlangsungnya kem jati diri untuk murid tahun 6 bagi sesi 2013. Tujuan kem ini dijalankan adalah untuk meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran dan seterusnya memastikan mereka berada dalam landasan yang betul sebagai persediaan untuk menduduki UPSR pada bulan 9 nanti. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator luar yang datang membantu menaikkan semangat murid SKSE. Kepada murid tahun 6, berikan tumpuan dan bersama-sama menaikkan prestasi sekolah kita pada tahun ini.




SKSE BOLEH!!!!



















Rabu, 6 Mac 2013



PERTANDINGAN MERENTAS DESA TAHUN 2013


Pada 5 Mac 2013, SKSE telah berjaya menjalankan aktiviti merentas desa untuk tahun 2013. Pertandingan ini yang seharusnya dijalankan pada 26 Februari terpaksa ditubda berikutan hujan lebat pada hari tersebut. Seramai 150 orang murid tahap 2 telah terlibat dan mereka bersemangat menjayakan pertandingan ini. Syabas dan tahniah buat semua perserta dan juga kakitangan SKSE yang telah sama-sama menjayakan pertandingan tersebut. Admin selaku s/u sukan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan bukan guru yang telah bertungkus-lumus dalam aktiviti ini. Berikut keputusan pertandingan :


JOHAN                       - RUMAH MERAH      (97)
N. JOHAN                  - RUMAH HIJAU         (91)
KETIGA                     - BIRU                           (63)
KEMPAT                   - KUNING                    (61)