Rabu, 13 April 2011

Lawatan Penanda Aras dari BTP Pahang

Tarikh Lawatan : 13 April 2011
Hari : Rabu


Ketibaan rombongan dari Pahang disambut dengan paluan kompang


Pn.Roziyati selaku pengacara majlis pada hari tersebut.


 Pn.Hjh Napisah selaku GPK 1 SKSE dan juga wakil sekolah memberikan ucapan alu-aluan.


 Peserta lawatan sedang mendengar penerangan mengenai SKSE yang disampaikan oleh Pn.Hjh Napisah





Para tetamu yang diraikan menjamu selera di Kafeteria SKSE


Peserta lawatan sedang melawat Bilik Tayang An-Nur, Taman Herba dan Pondok Bacaan

 Peserta lawatan sedang melawat Sudut Inovasi - Gerak Bijak Congkak


Kelas Pendidikan Khas SKSE  turut menerima kunjungan dari peserta lawatan


 di sekitar Google Corner


Sekitar Taman Sains dan Taman Teknologi Hijau

Bergambar kenangan....


Ucapan penghargaan dari pihak SKSE

 Terima kasih diucapkan kepada ahli rombongan lawatan penanda aras dari BTP pahang kerana sudi memilih SKSE sebagai sekolah penanda aras. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru-guru yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan rombongan lawatan tersebut berjalan dengan lancar.



Isnin, 11 April 2011

Bijak membina perkataan melalui permainan congkak

     Permainan Congkak adalah satu permainan tradisional yang cukup popular pada zaman dahulu kala.Di zaman era globalisasi ini,permainan Congkak kian dilupakan dan terus dilupakan sehinggakan generasi sekarang sudah tidak mengenali bentuk Congkak dan cara bermain Congkak.
  Oleh yang demikian,Ustazah Hasnah binti Yahya telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan permainan Congkak ini kepada generasi sekarang melalui pembelajaran di dalam kelas sekaligus menjadikan permainan Congkak ini sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang menarik dan menyeronokkan.
    Untuk itu,beliau telah memperkenalkan bahan bantu mengajar untuk kelas pemulihan jawi dengan nama GERAK BIJAK CONGKAK. Dengan itu beliau dapat membantu murid-murid pemulihan ini memperkayakan perkataan jawi melalui kaedah“Bermain Sambil Belajar” disamping membantu mereka dapat mengeja dan menyebut bunyi sukukata dengan betul dan tepat.
     Sebagai strategi permainan,beliau telah menyediakan 2 pakej untuk permainan ini iaitu:
                        * Pakej 1
- Untuk menarik minat murid,pada peringkat awalnya buah Congkak mengandungi dua sukukata sahaja.
                        * Pakej 2
- Apabila sudah mahir,murid diperkenalkan pula dengan buah Congkak yang mengandungi empat  sukukata.
   Melalui pakej-pakej yang disediakan ini,murid-murid akan dapat belajar sambil bermain secara berperingkat-peringkat mengikut tahap pengetahuan dan sukatan yang disediakan oleh guru.
    Cara untuk bermain permainan ini masih lagi menggunakan cara asal permainan.Ustazah Hasnah tidak mengubah sedikit pun cara permainan cuma buahnya sahaja yang berlainan.Untuk buahnya ,beliau mengunakan pemadam yang telah ditulis dengan sukukata terbuka,sukukata tertutup dan rangkai kata.Guru akan memantau perjalanan permainan dan menetapkan masa permainan ( 10—15 minit untuk satu permainan ).Guru boleh menambah masa permainan untuk murid berbincang secara berkumpulan bagi memperbanyakkan lagi perkataan yang dibina.
     Permainan ini memerlukan 2 kumpulan (setiap kumpulan mengandungi 4 orang pemain) yang telah diketagorikan mengikut tugasan iaitu :
                        - Murid A          : sebagai pemain congkak.
                        - Murid B          : sebagai pencatat sukukata terbuka.
                        - Murid C          : sebagai pencatat sukukata Tertutup.
                        - Murid D          : sebagai pembina perkataan.
    Bagi memudahkan murid membina perkataan,beliau telah menyediakan Kamus Inovasi sebagai rujukan murid.Mudah-mudahan kamus ini dapat membantu murid membina lebih banyak perkataan.
    Sebagai permulaan,beliau telah mencuba permainan ini di sekolah  dan beberapa sekolah yang berdekatan,.Hasil maklum balas dari guru-guru yang terlibat,mereka menyatakan bahawa Gerak Bijak Congkak adalah satu pembelajaran yang amat menyeronokkan dan dapat membantu dalam pengajaran  dan pembelajaran . Syabas dan tahniah buat Ustazah Hasnah kerana berjaya menghasilkan Gerak Bijak Congkak.




Cara Bermain Gerak Bijak Congkak

    1. Permainan bermula dari lubang congkak masing-masing.
    2. Murid A dari kumpulan 1 dan 2 memulakan permainan serentak.
    3. Memasukkan buah congkak satu persatu menuju rumah dan lubang lawan menurut pusingan jam.
    4. Jika berhenti dilubang yang kosong(samaada di lubang sendiri atau lubang lawan)pemain dianggap mati.
    5. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan sehingga buahnya mati. 
    6. Setiap biji pemadam yang masuk dalam lubang besar congkak akan dicatatkan pada borang khas oleh murid B dan C
    7. Murid D membina perkataan berpandukan borang sukukata yang dicatit atau melalui biji  pemadam tersebut.
    8. Sukukata yang ada boleh digunakan berulang kali  untuk membina perkataan lain.
    9. Setelah masa permainan tamat,masa diberi selama 10 minit lagi untuk ahli kumpulan berbincang  membina  perkataan.
    10. Kumpulan yang dapat membina perkataan  yang banyak dan betul akan diumumkan sebagai pemenang.

Rabu, 6 April 2011

Kafeteria SKSE

Dekorasi dan hiasan yang terdapat di Kafeteria SKSE ini merupakan cetusan ilham Pn Sa'adah binti Abu. Beliau merupakan guru pendidikan khas di sekolah ini. Tahniah kepada Pn. Sa'adah kerana berjaya mentransformasikan ruang kantin sekolah ini lebih indah dan ceria.




Tandas Ceria, Kebersihan Terjaga




Sudut Info SKSE










Gerak Bijak Congkak

Gerak Bijak Congkak dinovasikan oleh Guru Pakar Jawi SKSE, Pn Hjh Hasnah binti Yahya. Sudut ini terhasil daripada inisiatif dan ilham Pn.Hjh Hasnah sendiri  dengan dibantu oleh guru-guru j-QAF SKSE.








Laluan Info SKSE

Lebah menderu terbang sejajar,
Terbang ke ulu ke pohon jejawi,
Tambah ilmu dengan belajar,
Laluan info penuh informasi.








Taman-taman SKSE

Harum suburnya bunga melati,
Riang menyanyi si burung kenari,
Indahnya taman di SKSE,
Gubahan tangan kreativiti kami.