SOALAN LAZIM

Bagaimana untuk mendaftar anak?

1. Senarai maklumat semasa pendaftaran murid darjah 1 dan Pra sekolah.

  1. 1 salinan sijil beranak.                (1 SALINAN BAGI SETIAP PELAJAR)
  2. 1 salinan sijil nikah.
  3. 1 salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  4. 2 sampul surat panjang,setiap satu sampul surat bersetem RM0.80 dan beralamat sendiri.
  5. Surat beranak ASAL hendaklah dibawa semasa pendaftaran.


2. Senarai maklumat pendaftaran untuk kemasukkan Pendidikan Khas.

  1. Surat akaun doktor.
  2. 1 salinan sijil beranak.
  3. 1 salinan sijil nikah.
  4. 1 salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  5. Surat beranak ASAL hendakla dibawa semasa pendaftaran.

#################################################################################

Apa itu PBS?
-PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan