Khamis, 4 Mac 2010

SKSE Johan Pertandingan Menulis Jawi


Pengarah Pelajaran Melaka sedang menyampaikan hadiah kepada Johan
Pertandingan Menulis Jawi (SR) Sempena Karnival Pendidikan Melaka 2010.

Peserta Pertandingan Menulis Jawi sempena Karnival Pendidikan Melaka 2010 dari SK Simpang Empat, Alor Gajah Melaka,  Adik Mohammad Rusydi bin Mohd. Ramli telah dinobatkan sebagai Johan pertandingan tersebut yang telah berlangsung pada pagi ini. Beliau telah berjaya mengatasi 114 peserta dari sekolah-sekolah lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka. Beliau diiringi oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam (SPI).  Beliau mengucapkan tahniah kepada peserta yang telah mengambil bahagian khususnya yang berjaya dalam pertandingan ini. Sepuluh pemenang telah diumumkan seterusnya menerima hadiah yang telah disediakan oleh penganjur.
Berikut adalah senarai pemenang pertandingan ini:
1] SK Simpang Empat (Johan)
2] SK Tehel (Naib Johan)3] SK Kampung Tengah (Ketiga)
4] SK (P) Durian Daun
5] SK Bukit Beringin
6] SK Sri Laksamana
7] SK Ayer Keroh
8] SK Seri Bandar
9] SK Bachang
10] SK Pulai

Sumber artikel dari Portal SPI Melaka