Sabtu, 19 Mei 2012

Majlis Perpisahan En. Ahmad Yusop

Tarikh : 16 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : SK Simpang Empat



Acara Sukaneka Sempena Hari Guru

Tarikh : 16 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : SK Simpang Empat

Senamrobik sebelum acara sukaneka
Kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka Hari Guru 2012
Acara "Musical Chair" yang dimenangi oleh Pn. Ema Moniza Ismail
Acara isi air dalam botol dimenangi oleh kumpulan Kuning
Acara makan ais-krim di menangi kumpulan Hijau

Sambutan Hari Guru 2012

Tarikh : 16 Mei 2012
Hari ; Rabu
Tempat : SK Simpang Empat

Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh barisan guru-guru SKSE

Nyanyian lagu Guru Malaysia

Persembahan daripada Panitia Bahasa Melayu

Persembahan daripada Panitia Matematik & Sains

Persembahan daripada Panitia Bahasa Inggeris

Persembahan daripada Barisan Pentadbir dan staf-staf sokongan SKSE

Persembahan daripada Panitia Agama Islam



Selasa, 15 Mei 2012

Latihan Kebakaran Bersama Ahli Bomba 2012

Tarikh : 10 April 2012
Tempat : SK SIMPANG EMPAT


murid-murid menyelamatkan diri apabila loceng kecemasan dibunyikan

penerangan tentang penggunaan alat pemadam api

Barisan Ahli Bomba yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan latihan Kebakaran 2012

Murid-murid serta guru mencuba untuk memadam api

Bomba datang untuk memadamkan api

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR 2012

Tarikh : 13 April 2012
Anjuran : Panitia Sains, SK Simpang Empat



Pertandingan Boling SKSE 2012

Tarikh ; 1 Mei 2012
Tempat : MIBC, MITC
Anjuran : Persatuan Gerakan Guru SKSE
Peserta dari kalangan guru lelaki SKSE menunjukkan bakat terpendam

Guru-guru perempuan tidak kurang hebatnya

Penyertaan dan sokongan dari ahli keluarga yang hadir
para pemenang kategori lelaki terbuka

Para pemenang kategori perempuan terbuka

Cabutan Bertuah...

Isnin, 14 Mei 2012

Sama Tapi Tak Serupa

Kedua-duanya bernama Syafiq  


Sambutan Hari Guru 2012

Pada tahun 2012, SKSE akan mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012 (Rabu).

Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah
 "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

 Kami Warga SK SIMPANG EMPAT mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua guru di seluruh Malaysia semoga berdedikasi dalam menjalankan tugas demi kemajuan dan kejayaan anak-anak bangsa

 

Koleksi Sajak Untuk Guru

GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
  
 
 
SEKAPUR SIREH BUATMU GURU
 
Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insan terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insane bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!
Ahmad Abid Khairuddin
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012

Selasa, 8 Mei 2012

Kursus Fesyen & Dress Making ( LDP 4- 2012)

Tarikh : 14 April 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dataran Japerun Tabuh Naning
Anjuran : Giat Mara Cawangan Simpang Empat

Peralatan yang dibekalkan dan hasil kursus

Proses Pembelajaran para peserta bersama guru Giat Mara dan kehadiran tetamu VVIP

Para peserta menunjukkan bakat menjahit serta kesungguhan termasuk pentadbir SKSE


Kem Motivasi Jati Diri Murid Tahun 6- 2012

Tarikh : 6 - 7 April 2012
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : SK Simpang Empat
Anjuran : Bimbingan Kaunseling & SKSE
Motivator : Nur Insani Consultancy ( Pakar Motivasi & Team Buliding)

Modul 1: Taaruf Besar
Modul 2 : Taaruf Kumpulan
Modul 3 : Membina matlamat kumpulan
Modul 4 : Pengembaraan Minda, Diagnostik kekuatan mental
Modul 5 : Muhasabah diri dan wasiat iman
Modul 6 : Zikir Munajat dan Qiamullaia
Modul 7 : Riadah Islami dan Team Building
Modul 8 : Haluan Kita PIkul AManah
Modul 9 : Kehebatan "A" Team
Modul 10 : Kecemerlangan UPSR 2012

Program Muhasabah Diri Dan Wasiat Iman

Riadah Islami

Penyampaian Hadiah Dan Majlis Penutup

Program Membina Matlamat Kumplan