Khamis, 31 Januari 2013


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SKSE

Tarikh: 30 Januari 2013
Tempat : Padang SKSE
Penceramah : Pn. Hjh Hasnah Yahaya
                     Cik Mani Farah Abd. Munaim

Tahniah kepada semua warga SKSE yang telah sama-sama menjayakan majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Walaupun tidak dijalankan dengan hebat, tetapi majlis lagi berjalan dengan meriah. Semoga kita menghayati dan mengamalkan sunnah rasulullah. Berselawat kepada nabi junjungan kita dan semoga kita sentiasa menjadi kekasih hati baginda.



Selasa, 29 Januari 2013

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PENGAWAS ICT, PRS DAN KETUA DARJAH SESI 2013


Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah dipilih untuk memikul tanggungjawab pada tahun ini. Lakukan tugas dengan cemerlang dan penuh dedikasi.  Kami warga SKSE sentiasa berada dibelakang anda dan memberi sokongan!



TAHNIAH!!!! PASUKAN NASYID SKSE





Tahniah buat puteri-puteri SKSE yang telah mewakili sekolah ke pertandingan nasyid baru2 ini...walaupun kita hanya mendapat saguhati tetapi kami tahu bahawa kalian telah berusaha yang terbaik untuk mengaharumkan nama sekolah. jangan bersedih dan cuba lagi tahun hadapan ok...bila jatuh, kita akan lebih kuat untuk bangun sekali lagi...tahniah dan terima kasih juga kepada para pengajar iaitu ustaz dan ustazah yang banyak membimbing...tahniah sekali lagi buat wirawati SKSE

Selamat Hari Lahir buat murid-murid, kakitangan serta para pengajar SKSE yang lahir pada bulan Januari. Semoga Allah memanjangkan umur untuk beribadat, dimurahkan rezeki, dijauhkan dengan kecelakaan dan sentiasa berada di bawah redhaNya...<3...


Khamis, 24 Januari 2013


Bersama-sama kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...dan merilah kita mengamalkan sunnahnya...

MAJLIS PERJUMPAAN PENJAWAT AWAM DAN DIALOG DENGAN TPM DI DEWAN MITC, MELAKA 

PADA 22 JANUARI 2013 ( SELASA) 






Seramai 20 orang guru SKSE yang bertuah telah terpilih untuk menghadiri perjumpaan ini. Ramai penjawat awam dari seluruh Melaka sama-sama menjayakan majlis ini. Semoga guru-guru mendapat motivasi yang tinggi selepas menghadiri majlis ini!

Selasa, 22 Januari 2013


MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 
SEK. KEB SIMPANG EMPAT 2013

Tarikh : 21 Januari 2013
Tempat : Japerun Taboh Naning
Masa : 2.30 petang

Alhamdulillah, majlis penyerahan bantuan persekolahan bagi sesi 2013 telah berjalan dengan lancar. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB.Datuk Latipah binti Omar selaku ADUN bagi kawasan Taboh Naning.

Penyerahan bantuan kali ini telah diadakan di Japerun dan melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK Simpang Empat, SK Melekek dan SJKC San Nyuh. Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ibu bapa serta guru-guru yang bertugas.

Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas SKSE yang telah menjalankan tugas dengan cukup hebat pada majlis berkenaan. Kepada mereka yang menerima bantuan, gunakanlah bantuan tersebut dengan bijaksana ok...



Isnin, 21 Januari 2013


Think about it before going to sleep tonight...dedicated to all SKSE TEACHERS... :)

MARI MARI MENGUNDI!!! 


Pada hari Jumaat yang lepas, (18 Januari 2013), Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah telah pun mengadakan pilihanraya pemilihan ketua dan penolong ketua pengawas. Pilihanraya tersebut telahpun berjalan dengan  lancar dan cukup meriah. Murid-murid sangat seronok kerana diberikan kebebasan untuk mengundi ketua mereka sendiri. Semoga pilihan yang dibuat tepat dan kepada calon-calon yang terpilih, jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan komited dengan tugas anda. Jom kita intai-intai gambar sepanjang pilihanraya SKSE 2013...

murid-murid sedang membuang undi

guru pengawas memantau...hihi

buat pilihan yang bijak ok!


undi jangan tak undi

guru-guru sedang mengira undi

Untuk tahu keputusannya, haaa...kena la tunggu masa watikah nanti ya...SABAR!!!!!

Rabu, 9 Januari 2013

TENSION...

TENSION

The moment you are in TENSION
You will lose your ATTENTION
You will  be in total CONFUSION
And Feel IRRITATION

Many problem will be solve by DISCUSSION
Which will work out better in your PROFESSION
Try to understand in SITUATION
And think about SOLUTION

Don't think it's my free SUGGESTION
It's only for you PREVENTION
If you understand my INTENTION
You'll never get TENSION


- lots of love from GB SKSE -

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESSI 2013

Hari orientasi murid-murid Pra Sekolah dan Tahun 1 sessi 2012 telah diadakan pada 28/12/2012 (Jumaat)..

Pn. Hjh Napisah Ahmad selaku GPK KURIKULUM telah memberi taklimat kepada ibu/bapa penjaga murid-murid tahun 1 yang hadir

Antara ibu/bapa/ penjaga yang hadir

PERJUANGAN BELUM SELESAI.....

PERJUANGAN TIDAK PERNAH PUTUS KERANA TERIKAT DENGAN RANTAI IMAN,
MUJAHID TIDAK KESEORANGAN KERANA DI IKAT DENGAN RANTAI UKHUWAH,
ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN SEBAGAI BUKTI KE IMANAN,
SEMOGA IKATAN UKHUWAH YANG TELAH TERBINA AKAN KEKAL UNTUK SELAMANYA...

SALAM PERPISAHAN BUAT RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG TELAH BERTUKAR....

EN. MOHD ZAKI B BAHAROM ( HANYA 1 JEJAKA JER KAT PICTURE NI) TELAH BERPINDAH KE SK KEM TERENDAK 2, MASJID TANAH

EN. KAHIRUL  ANUAR B ABD. RAHIM ( BERBAJU HIJAU) TELAH BERPINDAH KE SK DEMANG TAHAR, MASJID TANAH... (SEKOLAH BARU NI) DAN PN. SALIZA MOHD ROS ( BERBAJU MERAH) TELAH BERPINDAH KE SK PULAU SEBANG, ALOR GAJAH.. 



TAHNIAH KEPADA PN. YUSNITA BT MOHD YUSOF (BERBAJU PEACH) YANG TELAH DILANTIK MENJADI GPK KOKURIKULUM DI SK LESONG BATU, ALOR GAJAH

Mesyuarat Guru 2013

Mesyuarat Guru Bil 1/2013
Tarikh : 27 / 12/ 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal Sains, SKSE
Fokus : Persediaan/ Persiapan persekolahan sessi 2013 serta budaya kerja yang cemerlang

Semua guru telah mengahadiri mesyuarat dan guru bersemangat untuk memulakan sessi persekolahan 2013 dengan azam yang baru...