Isnin, 21 Januari 2013

MARI MARI MENGUNDI!!! 


Pada hari Jumaat yang lepas, (18 Januari 2013), Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah telah pun mengadakan pilihanraya pemilihan ketua dan penolong ketua pengawas. Pilihanraya tersebut telahpun berjalan dengan  lancar dan cukup meriah. Murid-murid sangat seronok kerana diberikan kebebasan untuk mengundi ketua mereka sendiri. Semoga pilihan yang dibuat tepat dan kepada calon-calon yang terpilih, jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan komited dengan tugas anda. Jom kita intai-intai gambar sepanjang pilihanraya SKSE 2013...

murid-murid sedang membuang undi

guru pengawas memantau...hihi

buat pilihan yang bijak ok!


undi jangan tak undi

guru-guru sedang mengira undi

Untuk tahu keputusannya, haaa...kena la tunggu masa watikah nanti ya...SABAR!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan