Selasa, 22 Januari 2013


MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 
SEK. KEB SIMPANG EMPAT 2013

Tarikh : 21 Januari 2013
Tempat : Japerun Taboh Naning
Masa : 2.30 petang

Alhamdulillah, majlis penyerahan bantuan persekolahan bagi sesi 2013 telah berjalan dengan lancar. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB.Datuk Latipah binti Omar selaku ADUN bagi kawasan Taboh Naning.

Penyerahan bantuan kali ini telah diadakan di Japerun dan melibatkan 3 buah sekolah iaitu SK Simpang Empat, SK Melekek dan SJKC San Nyuh. Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ibu bapa serta guru-guru yang bertugas.

Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas SKSE yang telah menjalankan tugas dengan cukup hebat pada majlis berkenaan. Kepada mereka yang menerima bantuan, gunakanlah bantuan tersebut dengan bijaksana ok...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan