Isnin, 2 Mei 2011

Tahniah Muhammad Firdaus!!!

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad. Firdaus pelajar 5 Mahir atas pencapaian beliau yang sangat membanggakan pihak sekolah. Muhammad Firdaus telah menyertai perkhemahan Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan di Kg. Terusan Juasseh Negeri Sembilan pada 25hb hingga 30hb April 2011 dan telah menjadi Johan Peringkat Kebangsaan dalam aktiviti Kembara Rimba. Sebelum itu beliau telah mewakili sekolah dalam perkhemahan badan beruniform peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Kem Lanchang.

Muhammad Firdaus bergambar bersama Guru Besar SKSE; Pn. Hjh Zulekha A. Rahman dan Guru Penasihat Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah; En. Mohd Zaki bin Baharom



Tiada ulasan:

Catat Ulasan