Rabu, 18 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU SKSE

SAJAK GURU OH GURU.....

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
                              Karya Usman Awang 1979



SELAMAT HARI GURU buat semua guru SK Simpang Empat dan  semua guru di Malaysia. SKSE tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyambut dan meraikan hari guru peringkat sekolah pada hari Isnin, 16 Mei 2011. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dengan acara bola jaring dan perlawanan futsal di padang SKSE. Perlawanan berlangsung antara guru dan murid. Kemenangan berpihak kepada pasukan guru dalam kedua-dua perlawanan bola jaring dan futsal. Ternyata guru-guru SKSE mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.




Letih di padang..tiba pula acara di dewan. Bermula dengan lafaz ikrar guru-guru dipimpin oleh Guru Besar, Pn Hjh Zulekha binti A.Rahman. Nyanyian lagu Guru Malaysia merupakan nyanyian wajib sempena hari guru. Semua guru begitu bersemangat dan berbakat menyanyikan lagu Guru Malaysia..

Pn.Hjh Zulekha memimpin lafaz ikrar guru

Lafaz ikrar guru
Nyanyian lagu Guru Malaysia
YB Dato' Latifah Omar turut hadir meraikan sambutan hari guru dan menghadiahkan sebiji kek kepada guru-guru  SKSE. Terima kasih YB..
YB Dato' Latifah Omar menghadiahkan kek kepada pihak sekolah

Guru-guru bergambar bersama-sama di akhir majlis
Selepas berakhir majlis di dewan, guru-guru menghadiri jamuan makan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan