Isnin, 19 Mac 2012

KONSEP BOLING NOMBOR

KONSEP BOWLING NOMBOR
•     Menggunakan bahan terbuang – botol minuman,kotak , kalender lama dan biji asam jawa.
•      Menggabungjalinkan penggunaan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak.


      i.    Penglihatan- gunakan warna yang terang untuk menarik minat    murid  supaya fokus terhadap P&P dan merangsang minda murid melakukan perbandingan  iaitu perbezaan dan persamaan warna.

     ii. Pendengaran- guru merangsang minda murid melalui deria pendengaran untuk membuat perbandingan kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh Bowling Nombor dengan menggoncang botol untuk menghasilkan bunyi.

     iii. Deria sentuh-  melalui interaksi murid terhadap bahan  iaitu biji asam jawa dan kad nombor yang diperbuat daripada span hijau.
 
•     Memilih pendekatan belajar melalui bermain  untuk memperkenalkan nombor   dan juga konsep tolak di dalam lingkungan 10.
             
 Permainan teka siapa saya ?
   - murid duduk dalam bulatan.
   - Guru  membunyikan loceng dan murid mengedarkan botol    kepada rakan.
  -  Apabila loceng berhenti,murid terakhir akan ditutup mata dan meneka nombor dengan menggunakan deria sentuh.
             
Permainan Bowling Nombor.
   - Murid meleret bola ke arah Bowling Nombor.
   - Murid membina ayat Matematik bagi operasi tolak berdasarkan jatuhan botol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan