Rabu, 15 Jun 2011

Program Susu 1 Malaysia

Tarikh: 15 Jun 2011
Hari: Rabu

Murid-murid SKSE mula menikmati susu 1 Malaysia pada hari ini. Pengagihan susu ini kepada murid-murid dijalankan pada perhimpunan pagi selepas program Saintis Muda. Lihatlah wajah-wajah ceria murid-murid SKSE yang gembira menerima dan minum susu Dutch Lady. Terima kasih KPM, terima kasih Malaysia!!!





Murid Tahun 6 juga tidak ketinggalan untuk minum susu semasa kelas tambahan Matematik yang dijalankan seawal jam 7.00 pagi setiap hari Rabu

Guru kelas Tahun 6 Arif, Pn Katina binti Seman turut bergambar bersama murid kelas beliau.


Murid-murid istimewa pendidikan khas turut sama menikmati program susu 1 Malaysia bersama murid-murid lain.


Salah seorang murid pendidikan khas sindrom down; Zulazri yang sedang menikmati susu berperisa coklat dan menyukai perisa tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan