Selasa, 5 April 2011

Tahniah Mohd Fadhli dan Siti Nur Fatinah

Mohd Fadhli dan Siti Nur Fatinah masing-masing telah muncul sebagai Johan bagi Kategori Tilawah Lelaki dan Kategori Bercerita Perempuan dalam Pertandingan Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran yang diadakan di SK Dato' Naning baru-baru ini. Kedua-dua murid SKSE ini telah melangkah ke peringkat negeri yang diadakan di SMKA Sharifah Rodziah Telok Mas pada 12 April 2011. Siti Nur Fatinah telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri yang diadakan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua wakil SKSE ini atas pencapaian yang telah dicapai.
 Mohd Fadhli Masharudin di akhbar Berita Harian bertarikh 4hb April 2011, Isnin
 Siti Nur Fatinah sewaktu menerima hadiah daripada Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan