Khamis, 31 Mac 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat adalah merupakan sekolah rendah terawal yang didirikan penduduk-penduduk kampung. Idea pembinaan sekolah ini tercetus dari minda Yang Amat Mulia Datuk Naning Hassan dan beliau adalah pengasasnya. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1900 dan dinamakan Sekolah Melayu Simpang Empat diatas tanah Lot 614 Mukim Taboh Naning, Simpang Empat.

Bangunan ini telah dibuat daripada papan beratap Rumbia dan tidak bersekat. Peringkat awal sekolah ini telah mewujudkan 3 aliran kelas iaitu bermula dari darjah satu hingga darjah 3. Guru Besar pertama  ialah cikgu Abu Hasan bin Yusof. Beliau dibantu oleh 2 orang guru iaitu Cikgu Agam Bin Lembak dan cikgu Hashim bin Abdullah.Pada tahun 1922, jumlah muridnya seramai 70 orang. Sekolah lama dirobohkan dan di gantikan dengan bangunan baru. Ianya berbentuk empat segi, bertiang batu. Dinding dibuat dari papan, berlantaikan papandan beratapkan genting. Aliran kelas telah bertambah iaitu dari tahun 1 hingga tahun 5.

Pada tahun 1934, kerajaan Inggeris telah mendirikan bangunan tambahan untuk menampung bilangan  pelajar yang seramai 120 orang.. Bangunan tersebut telah didirikan diatas tanah lain iaitu di lot 640 dengan keluasan 2 ekar 3 rode 34 pole. Prasarana yang didirikan oleh kerajaan Inggeris ialah bangunan 2 tingkat yang bertiangkan batu, berdindingkan papan dan beratap genting.Di tingkat bawah tidak bersekat dan berdinding.

Dalam usaha pembangunan, sekolah Kebangsaan Simpang Empat lagi sekali berlaku perubahan. Kawasan sekolah lot 614 terpaksa dirobohkan dan dipindahkan ke kawasan lain. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1960.Bangunan baru telah dibina diatas tanah Lot PWD 2169 iaitu tapak tanah yang sama dan bersebelahan dengan bangunan sekolah yang didirikan pada tahun 1934. Bangunan ini terdiri daripada 2 buah bilik. Bangunan ini dibina dari simen, ardek, dan dindingnya daripada batu.. Pembukaan dirasmikan pada 2 Januari 1961 dan diberi no. PWD 2169.

Memandangkan pertambahan murid pada setiap tahun, Jabatan Pendidikan Negeri telah mendirikan bangunan moden dua tingkat pada tahun 1971. Bangunan ini mengandungi 3 buah bilik darjah, bilik tv, perpustakaan, tandas guru dan murid serta dua buah stor. Bangunan ini diberi nombor JKR 1214. Pada tahun 1986 bangunan Klinik Pergigian Simpang Empat telah diambil alih oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Bangunan ini dijadikan kelas pemulihan. Pada 1999 sebuah lagi bangunan didirikan untuk dijadikan bengkel Kemahiran Hidup. Atas arahan Kementerian Pendidikan supaya diwujudkan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS), pada tahun 1958 ianya telah direalisasikan. Lembaga pengurus pertama ialah Tn. Hj. Mat bin Husin.

Sekolah ini telah mengalami pelbagai perubahan bermula penubuhannya dan berlaku dalam semua bidang Kurikulum dan ko-kurikulum. Harapan adalah menjadikan sekolah ini setanding dengan sekolah yang ada disekitar Alor Gajah, Melaka, Insyallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan