Selasa, 19 Februari 2013


MAJLIS PERSARAAN EN. SALLEH KARIM PERINGKAT SEKOLAH




Jumaat ini, 22 Februari 2013, tamatlah sudah perkhidmatan En. Salleh dalam bidang pendidikan. Terlalu banyak jasa yang telah ditaburkan kepada murid-murid dan semoga dengan persaraan ini, En. Salleh akan dilimpahi dengan kegembiraan bersama keluarga.


Majlis Persaraan En. Salleh Karim peringkat SKSE


Penyampaian cenderamata dari setiap tahun 1-6, pra sekolah dan kelas pendidikan khas













SELAMAT HARI LAHIR!!!!!




Selamat hari Lahir diucapkan kepada semua murid-murid, guru-guru dan juga kakitangan SKSE yang lahir pada bulan Februari. Semoga dipanjangkan usia untuk beribadat dan dimurahkan rezeki.


GURU-GURU

EN. SALLEH KARIM

PN. HJH NAPISAH AHMAD

PN. WAN NORHERAWATI WAN SALLEH

PN. KATINA SEMAN



MURID-MURID


   


PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40
Pada 16 Februari yang lalu. SKSE telah menjalankan dua program iaitu Majlis Perasmian Sekolah Angkat oleh Jabatan Penerangan Negeri Melaka serta Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 bagu tahun 2013. Seramai 116 orang ibu bapa dan penjaga  serta 34 orang guru telah hadir dalam program terbabit. Yang Berhormat  Datuk Latipah Omar telah merasmikan majlis terbabit yang telah diadakan di dewan besar SKSE tepat jam 8.30 pagi.
Buat julung kalinya, SKSE telah dipilih oleh Jabatan Penerangan Negeri Melaka sebagai sekolah angkat untuk tahun 2013. Pihak penerangan akan sama-sama membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah terutama murid tahun 6. Pihak Jabatan Penerangan telah bermurah hati menyumbangkan RM 5000 untuk program sekolah. Pihak sekolah berbesar hati dengan bantuan yang telah diberikan dan moga murid-murid dapat memanfaatkan sumbangan yang telah diberikan.
SUMBAGAN OLEH JABATAN PENERANGAN NEGERI MELAKA


Mesyuarat PIBG dimulakan dengan pembentagan kewangan dan penyata kewangan. Kemudian, usul-usl yang dikeluarkan oleh ahli PIBG dibacakan dan dibincangkan dalam mesyuarat selain bangkitan isu-isu lain. Kemudian, pemberian anugerah diberikan kepada guru-guru yang berjaya menaikkan prestasi UPSR 2012 serta murid-murid yang telah berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR tahun lepas. Majlis diakhiri dengan cabutan nombor bertuah.

 Mesyuarat Agung PIBG kali ini amat berinformasi memandangkan terdapat hubungan dua hala antara ibu bapa dan guru-guru. Semua pihak bekerjasama dalam meningkatkan prestasi, kebersihan dan keindahan sekolah. Inilah yang diinginkan oleh pihak sekolah iaitu kerjasama antara semua pihak dan semoga hubungan baik yang terjalin ini mampu memberikan yang terbaik untuk semua warga SKSE. 

Pn Habibah dan Pn. Ema Moniza yang telah memperoleh anugerah


Jumaat, 15 Februari 2013


PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6


Pada hari Sabtu yang lepas (09 Februari 2013), satu perjumpaan untuk bertemu dengan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memastikan ibu bapa dapat bersama-sama dengan guru-guru untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid tahun 6. Guru Besar dan semua guru matapelajaran tahun 6 telah  menyampaikan maklumat mengenai subjek yang diajar kepada ibu bapa. Ibu bapa juga telah diberikan peluang untuk bertanya mengenai prestasi anak-anak mereka kepada guru-guru subjek.




semoga dengan kerjasama antara ibu bapa dan tenaga pengajar SKSE, kita mampu memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya...SKSE BOLEH!

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU 

Pada hari Rabu yang lepas, (6/2/2013) semua guru dan kakitangan SKSE telah memeriahkan majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan guru-guru yang berpindah ke sekolah lain. Mereka adalah:


                       PN.YUSNITA YUSOFF - Berpindah ke SK Lesong Batu sebagai GPK Koku, Alor Gajah



PN. SALIZA MD. ROS - Berpindah ke SK Pulau Sebang, Alor Gajah



EN. MOHD ZAKI BAHAROM - Berpindah ke SK Kem Terendak, Sungai Udang



EN. KHAIRUL ANUAR ABD RAHIM - Berpindah ke SK Demang Taha, Masjid Tanah



Majlis perpisahan telah dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mat Noor bin Lateh. Kemudian, Pengerusi Kelab Staf iaitu Pn. Hazratul Mardziah diikuti dengan Puan Guru Besar telah memberikan sedikit ucapan. Seterusnya ketiga-tiga guru yang diraikan memberikan sedikit ucapan. Walaupun En. Mohd Zaki tidak hadir pada majlis tersebut, namun semua warga SKSE dapat merasai kehadiran beliau. Majlis kemudian diserikan dengan penyampaian hadiah dan juga tayangan slide. 

Kepada Pn. Yusnita, Pn. Saliza, En. Khairul Anuar dan juga En. Mohd Zaki...anda semua pernah berada dan berjuang bersama kami...kami doakan agar kalian semua terus berjuang untuk generasi negara walau di mana berada. SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH YANG BARU DENGAN AZAM DAN SEMANGAT YANG LEBIH POSITIF!













Selasa, 5 Februari 2013

PELANCARAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS & PROGRAM NILAM 2013




HARI       : ISNIN
TARIKH : 04 FEBRUARI 2013
TEMPAT : KANTIN SKSE

Semalam telah berlangsungnya 2 majlis pelancaran iaitu Pertandingan Kebersihan Kelas dan juga Pelancaran Program Nilam bagi tahun 2013. Kedua-dua majlis ini telah berlangsung pada perhimpunan rasmi sekolah. 

Pelancaran Pertandingan Kebersihan Kelas telah dijayakan oleh Pn. Guru Besar di mana guru bertugas mingguan telah diberikan buku rekod kebersihan dan keceriaan sekolah untuk diisikan dengan markah berdasarkan penilaian sepanjang minggu.


PN. NAWARUL AIDAH
PN. NURUL HUDA mewakili Pn. KATINA

                          




Memandangkan cuaca hujan, maka perhimpunan telah diadakan di kantin sekolah. Pn. Hjh Napisah telah diberikan penghormatan oleh pihak PSS untuk merasmikan majlis pelancaran Nilam pada tahun ini memandangkan beliau bakal bersara tidak lama lagi.

Beberapa anugerah juga telah disampaikan semalam. Berikut adalah keputusannya:

Kehadiran Terbaik Bulan Januari

Kelas 3 Aktif  (98.5%)




Pengunjung Bertuah PSS Bulan Januari

Tahap 1 : Mohd Yazid ( 3 Naim )
           Tahap 2 : Mohd Azwar Khan ( 4 Ehsan )





Kelas Paling Banyak Meminjam Buku Bulan Januari

                           Tahap 1  : Kelas 3 Aktif  & 2 Perkasa (68 buah)
Tahap 2  : Kelas 6 Arif (68 buah)





Tahniah buat semua pemenang...ingat...NADI ILMU AMALAN MEMBACA


sepanjang majlis pelancaran

penyerahan buku rekod NILAM kepada guru kelas

Perasmian Program NILAM & Penyerahan banting kepada penyelaras
 PSS dan NILAM sekolah














MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH


Pada hari Sabtu yang lepas (02 Februari 2013), pertandingan merentas desa peringkat daerah Alor Gajah telah diadakan di SK Lesong Batu. Seramai 4 orang wakil sekolah telah dihantar dan diiringi oleh Pn. Nun Zarina. Mereka adalah:

1) Mohd Aizuddin Taro
2) Siti Norfaizah
3) Mohad Fakhrulrazi
4) Siti Nur Farahin

Walaupun tiada antara mereka yang berjaya beroleh pingat, namun semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukkan oleh murid-murid. Tahniah kepada mereka yang meneyrtai dan semoga  berjaya pada tahun hadapan. SKSE BOLEH! 



Ahad, 3 Februari 2013


BERBAKTI BUAT NEGARA...MY BEAUTIFUL MALAYSIA



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA NEGARA MALAYSIA TERUTAMA SEKALI GURU-GURU SKSE YANG TELAH SAMA-SAMA MELUANGKAN MASA MEMBERSIHKAN DAN MENCERIAKAN NEGERI KESAYANGAN  KITA TADI DI PADANG UTEM BARU BERENDAM...KITA SEMUA SATU MALAYSIA...I AM 4 U!!!!