PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6
Pada hari Sabtu yang lepas (09 Februari 2013), satu perjumpaan untuk bertemu dengan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memastikan ibu bapa dapat bersama-sama dengan guru-guru untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid tahun 6. Guru Besar dan semua guru matapelajaran tahun 6 telah menyampaikan maklumat mengenai subjek yang diajar kepada ibu bapa. Ibu bapa juga telah diberikan peluang untuk bertanya mengenai prestasi anak-anak mereka kepada guru-guru subjek.
semoga dengan kerjasama antara ibu bapa dan tenaga pengajar SKSE, kita mampu memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya...SKSE BOLEH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan