Isnin, 4 Ogos 2014

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN & 
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 
UNTUK ANAK YATIM DAN MURID MISKIN

Pada 25 Julai 2014 yang lalu, berlangsung Majlis Penutup Ihya' Ramadhan peringkat sekolah anjuran Panitia Agama Islam SK Simpang Empat. Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Md. Rashid Bin Haji Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Majlis bermula pada jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin oleh guru-guru dan semua murid SKSE seawal jam 7.15 pagi dibawah pimpinan Ustaz Mohd Nor bin Mat Lateh. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari Guru Besar SKSE, Pn.Pouziah Binti Ghani dan seterusnya penyampaian tazkirah Ramadhan oleh Jemputan khas, Tuan Pengarah Pendidikan Melaka. Beliau seterusnya, menyampaikan ucapan penutup untuk program Ihya' Ramadhan SKSE bagi tahun 2014.

 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada murid miskin dan anak yatim SKSE. Sumbangan yang diberikan berbentuk wang tunai, iaitu zakat yang diterima dari Bank Rakyat dan juga sumbangan dari pihak ibubapa dan guru SKSE, berbentuk barangan keperluan harian. Seramai 60 orang murid telah terpilih untuk menerima sumbangan yang mana 7 daripadanya adalah anak yatim.

Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman antara murid, guru dan staf sokongan SKSE. Semoga majlis seperti ini dapat dilaksanakan dan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan