Karnival sukan yang pertama kali dianjurkan telah mendapat sambutan yang amat baik dikalangan murid-murid dan juga para guru SKSE. Program ini telah dijalankan pada 13 November 2013 dan melibatkan semua murid tahun 1 hingga 6 termasuk pendidikan khas. Tujuan utama adalah untuk menerapkan nilai kesukanan kepada murid-murid selain menghabiskan masa dengan bermanfaat pada hujung tahun selain pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti yang dijalankan adalah dalam bentuk pertandingan antara kelas. Murid-murid bersemangat menjayakan aktiviti dan seterusnya mencapai objektif program. Majlisi penyampaian hadiah telah dijalankan pada hari terakhir persekolahan bagi sesi 2013.
senamrobik sebelum memulakan aktiviti padang
Pertandingan Bola Ulat Bulu ( Tahap 1 & 2)
Pertandingan Gelung Berantai (Tahap 1 & 2)
Pertandingan Robot Pundi Kacang (Tahap 1)
Pertandingan Sukaneka Puzzle (Tahap 1)
Petandingan futsal suaian & bola jaring suaian (Tahap 2)
"Badan Sihat, Otak Cergas"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan