Rabu, 19 September 2012

SUKANTARA SKSE 2012




Sukantara 19/9/2012 bersambung dari sukantara 18/9/2012. Acara yang dipertandingkan lontar peluru, lompat jauh dan sukaneka.

Selasa, 18 September 2012

KURSUS KEPIMPINAN RAKAN SEBAYA - BERSIH, SIHAT & SELAMAT ,PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA TAHUN 2012

Kursus Kepimpinan Rakan Sebaya. Dua orang murid dari Tahun 5 Mahir telah terpilih bagi menyertai Kursus Kepimpinan Rakan Sebaya ini. Murid tersebut adalah Ummi Nasuha bte Amri dan Amirul Hakim B. Ab. Karim. Kedua peserta tersebut telah di hantar oleh En. Johari b. Jantan untuk berkumpul dan menaiki bas di BTP, Bukit Katil, Melaka. kursus tersebut akan diadakan pada 18-20 September 2012 bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson. Selamat berkursus.

SUKANTARA SKSE 2012

Sukantara ini akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 September 2012. Saringan akan dijalankan bagi memilih peserta lain itu untuk acara akhir pada Hari Sukan Sekolah nanti. Markah juga diambil daripada murid yang mencapai tahap yang telah ditetapkan bagi mengumpul mata untuk rumah sukan masing-masing. Setiap murid diberikan peluang untuk memberikan mata kepada rumah sukan mereka dari pelbagai acara yang dipertandingkan. Sukaneka juga diadakan bagi murid Tahun 1&2, Pendidikan Khas dan Pra-Sekolah.   

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2012






Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan ini telah dijalankan pada hari Selasa (18 September 2012) . Majlis ini telah dirasmikan oleh GPK 1, Pn. Hjh. Napisah Bte Ahmad. 

Jumaat, 10 Ogos 2012

Ceria Merdeka

Ceria Merdeka di SKSE. Layari Facebook Rasmi SK Simpang Empat untuk melihat lebih banyak gambar-gambar ceria merdeka SKSE. Pastikan anda log masuk facebook terlebih dahulu.



Selasa, 7 Ogos 2012

Minggu Bahasa Arab

Tarikh: 6-10 Ogos 2012
Anjuran: Panitia pendidikan islam dan j-QAF
Aktiviti: Kalam Jama'i, Dikir Barat, Muhadasah, Bercerita

untuk melihat gambar aktiviti, sila layari Blog Pendidikan Islam dan J-QAF SKSE untuk cerita dan maklumat penuh program.

Isnin, 6 Ogos 2012

Isnin, 23 Julai 2012

Perayaan Bulan Kemerdekaan ke 55

Bersempena hari kemerdekaan pada 31hb Ogos 2012, SKSE telah mengadakan sambutan perayaan bulan kemerdekaan pada hari Isnin, 23hb Julai 2012. Berikut gambar-gambar yang telah diambil semasa sambutan kemerdekaan pada hari tersebut.








Jika ingin melihat gambar-gambar aktiviti sambutan kemerdekaan anda bolehlah ke Facebook rasmi SK Simpang Empat, sila klik link ini; Facebook Rasmi SK Simpang Empat