Isnin, 4 Mac 2013


MAJLIS PERSARAAN ENCIK SALLEH B. KARIM & PN. NAPISAH BT. AHMAD
























Majlis persaraan kali ini diadakan di HOTEL PERMAISURI, MITC. Semua warga SKSE telah bersama-sama meraikan majlis terbabit. Suasana sayu menyelubungi setiap warga SKSE kerana kehilangan rakan seperjuangan yang bukan sahaja baik, memahami dan berdedikasi malah bersama-sama mengharungi suka duka sepanjang berkhidmat disini. SELAMAT BERSARA!












PENGERUSI MAJLIS



KREW PRODUCTION













ANTARA JUADAH


BERIKUT ADALAH VIDEO HASIL KERJA SKSE PRODUCTION CREW




















MAJLIS SEND -OFF NAPISAH
GPK PENTADBIRAN SKSE



JASAMU DIKENANG....




Pada Hari Selasa yang lepas, (27 Februari) majlis send -off Pn. Napisah telah dijalankan dengan jayanya.   BERAKHIRLAH sudah perjalanan seorang guru yang amat disenangi dan dikasihi. Moga Pn. Napisah hidup dengan lebih gembira disamping keluarga tersayang. SELAMAT BERSARA PN. HJH NAPISAH BINTI AHAMAD.



Gambar sekitar majlis send-off Pn. Napisah
















SEDETIK BERSAMA, SEDEKAD TERASA...JASA & BUDIMU AKAN KAMI KENANG












Isnin, 25 Februari 2013


LADAP 2 : ORIENTERING


Pada hari Sabtu yang lalu (23/2/2013), semua guru SKSE telah menjalani LADAP 2 iaitu pandu arah. Guru-guru belajar mengenai orientering dengan membaca kompas dan menentukan arah menggunakan bearing. Jurulatih pada hari tersebut tidak lain dan tidak bukan, ahli panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, En. Abd Hairlir b. Mat dan Pn. Nawarul Aidah Mohd Nazir. Semua guru seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan semoga kita dapat menjalankan aktiviti sebegini pada masa akan datang. Penyampaian hadiah telah diadakan pada hari Isnin ketika perhimpunan rasmi. Tahniah buat semua!!!










PENYAMPAIAN HADIAH


JUARA KUMPULAN 1 : RUMAH MERAH





NAIB JUARA KUMPULAN 1 : RUMAH HIJAU










JUARA KUMPULAN 2 : RUMAH KUNING







NAIB JUARA KUMPULAN 2 : RUMAH BIRU






KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS, KETUA & PENOLONG KELAS DI KEM WARISAN, DURIAN TUNGGAL





Bermula hari Jumaat hingga Sabtu  yang lepas, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan Unit Pengawas dan Disiplin telah mengadakan kem kepimpinan untuk semua pengawas, pengawas PSS dan juga ketua serta penolong kelas. Semua murid yang terlibat sangat seronok dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti yang dijalankan
Penerangan daripada fasilitator



Pengalaman makan dalam dulang




Murid mengemas barang untuk pulang

Majlis penutup








Khamis, 21 Februari 2013


KLINIK BOLA JARING OLEH UNIKL

Pada hari Rabu ( 20/2/2013), sekumpulan pelajar UNIKL telah hadir untuk memberikan sedikit tips kepada pemain bola jaring sekolah serta ahli kelab permainan bola jaring. Selepas itu, satu pertandingan antara pelajar Unikl bersama guru SKSE telah dijalankan. Semoga usaha sama ini berterusan untuk kejayaan masa depan.





LATIHAN MERENTAS DESA 2013

Pada hari Selasa yang lalu, latihan merentas desa telah dijalankan dengan jayanya.walaupun keadaan agak mendung dan hujan rintik-rintik namun tidak menghalang semangat murid-murid untuk bersukan...syabas buat murid-murid SKSE.