Rabu, 21 November 2012

PENGUMUMAN PENTING !


 Pengumuman kepada semua guru SK Simpang Empat.
Perkara :
1- Mesyuarat guru akan ditunda pada 27 Disember 2012.
2- Hari Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 akan ditunda pada 28 Disember 2012.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Hjh. Napisah Bte Ahmad di talian 06-5528803.

Harap maklum.

Isnin, 1 Oktober 2012

SUKAN TAHUNAN SKSE TAHUN 2012

  Sukan Tahunan SKSE tahun ini telah dijalankan pada hari Khamis , 27 September 2012. Sukan Tahunan ini berlangsung dari pukul 2 p.m hingga 5 p.m.Temasya sukan kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Latifah Bte Omar (Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Taboh Naning).

   Pada tahun ini, pasukan rumah Merah (Laksamana) telah menjadi johan dengan  kutipan mata sebanyak 415 mata. Naib johan jatuh kepada rumah Hijau (Temenggong) dengan kutipan mata sebanyak 359 mata. Tempat Ke-3 dimenangi oleh rumah Kuning (Syahbandar) dengan kutipan mata sebanyak 328 mata dan diikuti oleh rumah Biru ( Bendahara ) dengan kutipan mata sebanyak 233 mata.




   Perbarisan pula di menangi oleh rumah Kuning . Rumah Kuning telah menampilkan seekor Singa sebagai maskotnya. Rumah Merah pula menjadikan kumbang sebagai maskot. Rumah Hijau pula memilih maskot ulat bulu dan rumah Biru mengetengahkan pemuliharaan laut sebagai tema pasukannya. 

Rabu, 19 September 2012

SUKANTARA SKSE 2012




Sukantara 19/9/2012 bersambung dari sukantara 18/9/2012. Acara yang dipertandingkan lontar peluru, lompat jauh dan sukaneka.

Selasa, 18 September 2012

KURSUS KEPIMPINAN RAKAN SEBAYA - BERSIH, SIHAT & SELAMAT ,PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA TAHUN 2012

Kursus Kepimpinan Rakan Sebaya. Dua orang murid dari Tahun 5 Mahir telah terpilih bagi menyertai Kursus Kepimpinan Rakan Sebaya ini. Murid tersebut adalah Ummi Nasuha bte Amri dan Amirul Hakim B. Ab. Karim. Kedua peserta tersebut telah di hantar oleh En. Johari b. Jantan untuk berkumpul dan menaiki bas di BTP, Bukit Katil, Melaka. kursus tersebut akan diadakan pada 18-20 September 2012 bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson. Selamat berkursus.

SUKANTARA SKSE 2012

Sukantara ini akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 September 2012. Saringan akan dijalankan bagi memilih peserta lain itu untuk acara akhir pada Hari Sukan Sekolah nanti. Markah juga diambil daripada murid yang mencapai tahap yang telah ditetapkan bagi mengumpul mata untuk rumah sukan masing-masing. Setiap murid diberikan peluang untuk memberikan mata kepada rumah sukan mereka dari pelbagai acara yang dipertandingkan. Sukaneka juga diadakan bagi murid Tahun 1&2, Pendidikan Khas dan Pra-Sekolah.   

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2012






Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan ini telah dijalankan pada hari Selasa (18 September 2012) . Majlis ini telah dirasmikan oleh GPK 1, Pn. Hjh. Napisah Bte Ahmad.