Khamis, 24 Mei 2012
Sabtu, 19 Mei 2012
Acara Sukaneka Sempena Hari Guru
Tarikh : 16 Mei 2012
Hari : Rabu
Tempat : SK Simpang Empat
Hari : Rabu
Tempat : SK Simpang Empat
![]() |
Senamrobik sebelum acara sukaneka |
![]() |
Kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka Hari Guru 2012 |
![]() |
Acara "Musical Chair" yang dimenangi oleh Pn. Ema Moniza Ismail |
![]() |
Acara isi air dalam botol dimenangi oleh kumpulan Kuning |
![]() |
Acara makan ais-krim di menangi kumpulan Hijau |
Sambutan Hari Guru 2012
Tarikh : 16 Mei 2012
Hari ; Rabu
Tempat : SK Simpang Empat
Hari ; Rabu
Tempat : SK Simpang Empat
![]() |
Bacaan Ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh barisan guru-guru SKSE |
![]() |
Nyanyian lagu Guru Malaysia |
![]() |
Persembahan daripada Panitia Bahasa Melayu |
![]() |
Persembahan daripada Panitia Matematik & Sains |
![]() |
Persembahan daripada Panitia Bahasa Inggeris |
![]() |
Persembahan daripada Barisan Pentadbir dan staf-staf sokongan SKSE |
![]() | ||||
Persembahan daripada Panitia Agama Islam |
Selasa, 15 Mei 2012
Latihan Kebakaran Bersama Ahli Bomba 2012
Tarikh : 10 April 2012
Tempat : SK SIMPANG EMPAT
Tempat : SK SIMPANG EMPAT
![]() |
murid-murid menyelamatkan diri apabila loceng kecemasan dibunyikan |
![]() |
penerangan tentang penggunaan alat pemadam api |
![]() |
Barisan Ahli Bomba yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan latihan Kebakaran 2012 |
![]() |
Murid-murid serta guru mencuba untuk memadam api |
![]() |
Bomba datang untuk memadamkan api |
Pertandingan Boling SKSE 2012
Tarikh ; 1 Mei 2012
Tempat : MIBC, MITC
Anjuran : Persatuan Gerakan Guru SKSE
Tempat : MIBC, MITC
Anjuran : Persatuan Gerakan Guru SKSE
![]() |
Peserta dari kalangan guru lelaki SKSE menunjukkan bakat terpendam |
![]() |
Guru-guru perempuan tidak kurang hebatnya |
![]() | |
Penyertaan dan sokongan dari ahli keluarga yang hadir |
![]() |
para pemenang kategori lelaki terbuka |
![]() |
Para pemenang kategori perempuan terbuka |
![]() |
Cabutan Bertuah... |
Isnin, 14 Mei 2012
Sambutan Hari Guru 2012
Pada tahun 2012, SKSE akan mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012 (Rabu).
Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Kami Warga SK SIMPANG EMPAT mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua guru di seluruh Malaysia semoga berdedikasi dalam menjalankan tugas demi kemajuan dan kejayaan anak-anak bangsa
Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah
"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
Kami Warga SK SIMPANG EMPAT mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua guru di seluruh Malaysia semoga berdedikasi dalam menjalankan tugas demi kemajuan dan kejayaan anak-anak bangsa
Koleksi Sajak Untuk Guru
GURU OH GURU
BERBURU ke padang datarDapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
1979
SEKAPUR SIREH BUATMU GURU
Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insan terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insane bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!
Ahmad Abid Khairuddin
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012
Selasa, 8 Mei 2012
Kursus Fesyen & Dress Making ( LDP 4- 2012)
Tarikh : 14 April 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dataran Japerun Tabuh Naning
Anjuran : Giat Mara Cawangan Simpang Empat
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Dataran Japerun Tabuh Naning
Anjuran : Giat Mara Cawangan Simpang Empat
![]() |
Peralatan yang dibekalkan dan hasil kursus |
![]() |
Proses Pembelajaran para peserta bersama guru Giat Mara dan kehadiran tetamu VVIP |
![]() |
Para peserta menunjukkan bakat menjahit serta kesungguhan termasuk pentadbir SKSE |
Kem Motivasi Jati Diri Murid Tahun 6- 2012
Tarikh : 6 - 7 April 2012
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : SK Simpang Empat
Anjuran : Bimbingan Kaunseling & SKSE
Motivator : Nur Insani Consultancy ( Pakar Motivasi & Team Buliding)
Modul 1: Taaruf Besar
Modul 2 : Taaruf Kumpulan
Modul 3 : Membina matlamat kumpulan
Modul 4 : Pengembaraan Minda, Diagnostik kekuatan mental
Modul 5 : Muhasabah diri dan wasiat iman
Modul 6 : Zikir Munajat dan Qiamullaia
Modul 7 : Riadah Islami dan Team Building
Modul 8 : Haluan Kita PIkul AManah
Modul 9 : Kehebatan "A" Team
Modul 10 : Kecemerlangan UPSR 2012
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : SK Simpang Empat
Anjuran : Bimbingan Kaunseling & SKSE
Motivator : Nur Insani Consultancy ( Pakar Motivasi & Team Buliding)
Modul 1: Taaruf Besar
Modul 2 : Taaruf Kumpulan
Modul 3 : Membina matlamat kumpulan
Modul 4 : Pengembaraan Minda, Diagnostik kekuatan mental
Modul 5 : Muhasabah diri dan wasiat iman
Modul 6 : Zikir Munajat dan Qiamullaia
Modul 7 : Riadah Islami dan Team Building
Modul 8 : Haluan Kita PIkul AManah
Modul 9 : Kehebatan "A" Team
Modul 10 : Kecemerlangan UPSR 2012
![]() |
Program Muhasabah Diri Dan Wasiat Iman |
![]() |
Riadah Islami |
![]() |
Penyampaian Hadiah Dan Majlis Penutup |
![]() |
Program Membina Matlamat Kumplan |
Langgan:
Catatan (Atom)