TARIKH : 21 MAC 2012
TEMPAT : PRA SEKOLAH SK SUNGAI BULUH
Pn. Hanisah telah pergi ke SK Sungai Buluh untuk memperkenalkan hasil inovasi beliau iaitu BOWLING NOMBOR.
Isnin, 26 Mac 2012
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE- 39
TARIKH: 24 MAC 2012
MASA : 8.00 PG - 1.00 TGH
TEMPAT : DEWAN SKSE
DIRASMIKAN OLEH :
YB DATUK WIRA ABU SEMAN B HJ YUSOP
DCMS, DMSM, KMN, BKT,JP
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
Isnin, 19 Mac 2012
Pengajaran Konsep tolak dalam lingkungan 10 menggunakan BOWLING NOMBOR
Konsep Tolak Dalam Lingkungan 10 Dengan menggunakan Bowling Nombor
1. Susun Bowling Nombor mengikut susunan melintang atau berlapis (4,3,2 dan 1)
2. Letak dua skitel sebagai penanda tempat permulaan
1. Susun Bowling Nombor mengikut susunan melintang atau berlapis (4,3,2 dan 1)
2. Letak dua skitel sebagai penanda tempat permulaan
3. Leret bola yang disediakan ke arah Bowling Nombor
4. Murid dikehendaki mengira kesemua Bowling Nombor sebelum rakannya membaling bola. Kemudian murid diminta mengira bilangan Bowling Nombor yang telah dijatuhkan.
5. Murid diminta menulis ayat Matematik bagi operasi tolak dalam lingkungan 10 di papan putih.
6. Menguji kefahaman murid dengan menggunakan kad operasi tolak dan juga lembaran kerja
KEGUNAAN BOLING NOMBOR
1. Untuk mengenal nombor dan perkataan nombor 1 hingga 10.
Cara-cara :-
- Guru perkenalkan nombor yang terdapat pada Bowling Nombor.
- Eja dan sebut perkataan yang terdapat pada Bowling Nombor yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Kad perkataan nombor satu hingga sepuluh boleh digunakan sebagai aktiviti pengukuhan.
- Kad nombor 1 hingga 10 yang diperbuat daripada span boleh digunakan untuk aktiviti permainan iaitu Teka siapa saya?
![]() |
Memperkenalkan nombor |
2. Mengetahui nilai nombor dalam lingkungan 10.
Cara :
Guru boleh menunjukkan nilai nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan biji asam jawa yang terdapat di dalam botol iaitu Bowling Nombor
3. Mengenal warna di persekitaran
Cara :
Guru boleh pelbagaikan warna Bowling Nombor mengikut keperluan.
![]() | |||||
Warna Biru |
KONSEP BOLING NOMBOR
KONSEP BOWLING NOMBOR
• Menggunakan bahan terbuang – botol minuman,kotak , kalender lama dan biji asam jawa.
• Menggabungjalinkan penggunaan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak.
i. Penglihatan- gunakan warna yang terang untuk menarik minat murid supaya fokus terhadap P&P dan merangsang minda murid melakukan perbandingan iaitu perbezaan dan persamaan warna.
ii. Pendengaran- guru merangsang minda murid melalui deria pendengaran untuk membuat perbandingan kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh Bowling Nombor dengan menggoncang botol untuk menghasilkan bunyi.
iii. Deria sentuh- melalui interaksi murid terhadap bahan iaitu biji asam jawa dan kad nombor yang diperbuat daripada span hijau.
• Memilih pendekatan belajar melalui bermain untuk memperkenalkan nombor dan juga konsep tolak di dalam lingkungan 10.
Permainan teka siapa saya ?
- murid duduk dalam bulatan.
- Guru membunyikan loceng dan murid mengedarkan botol kepada rakan.
- Apabila loceng berhenti,murid terakhir akan ditutup mata dan meneka nombor dengan menggunakan deria sentuh.
Permainan Bowling Nombor.
- Murid meleret bola ke arah Bowling Nombor.
- Murid membina ayat Matematik bagi operasi tolak berdasarkan jatuhan botol.
Langgan:
Catatan (Atom)