Selamat berpisah kepada Pn.Selwati binti Mohamed yang akan berpindah ke Terengganu. Kami warga SKSE akan sentiasa merindui senyum manis dan wajah riang Pn.Selwati....Kelab guru dan staf SKSE telah menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada beliau. Diharap Pn.Selwati akan sentiasa mengingati kami disini..
Jumaat, 27 Mei 2011
Selasa, 24 Mei 2011
Lawatan PKG Ganun ke PSS An-Nur
Tarikh:24 Mei 2011
Hari: Selasa
Hari: Selasa
Guru-guru dari PKG Ganun sedang mendengar taklimat berkaitan PSS di Pusat Sumber An-Nur
GPM SKSE ; Pn.Roziyati bt. Asmari sedang memberikan taklimat dan penerangan berkaitan PSS
Pn. Hjh Hasnah bt Yahya selaku wakil Guru Besar SKSE dan pihak sekolah menerima cenderahati kenang-kenangan dari Pn.Fordzisah bt. Ismail (Guru Besar SK Ganun) sebagai tanda terima kasih atas kunjungan lawatan PKG Ganun ke Pusat Sumber An-Nur SKSE
Guru-guru sedang melawat sekitar Pusat Sumber An-Nur
Ahad, 22 Mei 2011
Tahniah Ustazah Hasnah!!
Seluruh warga SK Simpang Empat mengucapkan tahniah kepada Guru Cemerlang dan Inovasi Pendidikan Islam SK Simpang Empat;Pn. Hjh.Hasnah binti Yahya kerana telah menerima Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka 2011 yang telah diadakan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau pada 21 Mei 2011,hari Sabtu yang lalu.
Dengan anugerah yang dicapai ini membuktikan guru SKSE mempunyai bakat dan kemahiran. Pencapaian ini juga turut membanggakan pihak sekolah. Tahniah Ustazah Hasnah!!
![]() |
Ustazah Hasnah bergambar bersama adik Muhammad Ammar yang juga penenrima anugerah pada hari tersebut |
Gambar dan bahan berita dipetik dari Portal Sektor Pendidikan Islam Negeri Melaka
Rabu, 18 Mei 2011
SAMBUTAN HARI GURU SKSE
SAJAK GURU OH GURU.....
Berburu ke padang datar, Karya Usman Awang 1979Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi.... Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetlaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakill seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. |
SELAMAT HARI GURU buat semua guru SK Simpang Empat dan semua guru di Malaysia. SKSE tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyambut dan meraikan hari guru peringkat sekolah pada hari Isnin, 16 Mei 2011. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dengan acara bola jaring dan perlawanan futsal di padang SKSE. Perlawanan berlangsung antara guru dan murid. Kemenangan berpihak kepada pasukan guru dalam kedua-dua perlawanan bola jaring dan futsal. Ternyata guru-guru SKSE mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
Letih di padang..tiba pula acara di dewan. Bermula dengan lafaz ikrar guru-guru dipimpin oleh Guru Besar, Pn Hjh Zulekha binti A.Rahman. Nyanyian lagu Guru Malaysia merupakan nyanyian wajib sempena hari guru. Semua guru begitu bersemangat dan berbakat menyanyikan lagu Guru Malaysia..
![]() | |
Pn.Hjh Zulekha memimpin lafaz ikrar guru |
![]() |
Lafaz ikrar guru |
![]() |
Nyanyian lagu Guru Malaysia |
![]() |
YB Dato' Latifah Omar menghadiahkan kek kepada pihak sekolah Guru-guru bergambar bersama-sama di akhir majlis |
Rabu, 4 Mei 2011
LADAP 2
Tarikh: 4 MEI 2011
Hari : Rabu
Tempat: Makmal Sains
Tajuk :
Pengurusan Q-net oleh Pn.Yusnita
Pentaksiran Berasaskan Sekolah oleh Cik Masni Farah dan En.Abdul Hailir
Hari : Rabu
Tempat: Makmal Sains
Tajuk :
Pengurusan Q-net oleh Pn.Yusnita
Pentaksiran Berasaskan Sekolah oleh Cik Masni Farah dan En.Abdul Hailir
Isnin, 2 Mei 2011
Tahniah Muhammad Firdaus!!!
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad. Firdaus pelajar 5 Mahir atas pencapaian beliau yang sangat membanggakan pihak sekolah. Muhammad Firdaus telah menyertai perkhemahan Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan di Kg. Terusan Juasseh Negeri Sembilan pada 25hb hingga 30hb April 2011 dan telah menjadi Johan Peringkat Kebangsaan dalam aktiviti Kembara Rimba. Sebelum itu beliau telah mewakili sekolah dalam perkhemahan badan beruniform peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Kem Lanchang.
Muhammad Firdaus bergambar bersama Guru Besar SKSE; Pn. Hjh Zulekha A. Rahman dan Guru Penasihat Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah; En. Mohd Zaki bin Baharom
Langgan:
Catatan (Atom)