Ahad, 9 November 2014

Antara aktiviti Bulan November.

~ Ceramah dan Edaran Bubur Asyura Sempena Sambutan Hari Asyura Peringkat Sekolah~

Hari : Selasa
Tarikh : 4 November 2014
Masa : 7.30pagi - 10.30pagi
Aktiviti : Ceramah, Gotong-Royong Masak Bubur dan Edaran Bubur Asyura


Ceramah bertajuk "Secerah Asyura" yang disampaikan oleh Ustaz Ramly B Abdul Rahim, 
dari Ar-Riyadhah Centre.



Suasana semasa sesi Ceramah diadakan. Murid-murid sungguh kusyuk mendengar ceramah yang sangat mengesani para pelajar. 

Aktiviti dimulakan dengan ceramah berkaitan Hari Asyura yang disampaikan oleh ustaz Ramly yang menggunakan pendekatan sesuai dengan murid sekolah. Pada masa yang sama, guru-guru bergotong-royong menyiapkan Bubur Asyura untuk diagihkan kepada semua murid. Selesai Ceramah dan edaran bubur Asyura, murid masuk ke kelas dan PdP berjalan seperti biasa.






Ahad, 12 Oktober 2014


 MAJLIS PERPISAHAN UNTUK EN.SUDIN BIN AYA
PT SK SIMPANG EMPAT 
(2008-2014)

10 Oktober 2014 merupakan hari terakhir En. Sudin bertugas di SK Simpang Empat. Beliau telah memegang jawatan sebagai kerani kewangan SKSE selama hampir 6 tahun. Beliau baru memulakan sesi pembelajaran peringkat Ijazah di Universiti Malaya yang sekaligus memerlukan komitmen penuh dalam pelajaran. Atas faktor jarak dan masa, beliau memohon pertukaran tempat kerja agar boleh seimbangkan antara kerja dan belajar.

En. Sudin sedang menyampaikan ucapan...


Ucapan daripada Guru Besar SKSE...
Kami warga SKSE mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berada di sini. Kami juga memohon kemaafan seandainya ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan sepanjang berkhidmat disini. Semoga apa yang dihajati akan tercapai dan Allah permudahkan urusan En. Sudin disana.


Sekitar majlis perpisahan...

"SELAMAT MAJU JAYA DARI KAMI WARGA SKSE...."


Sabtu, 30 Ogos 2014

Kejayaan murid Linus di Karnival DTP-LINUS 2014

3 Murid LINUS berjaya mengharumkan nama sekolah di Karnival DTP-LINUS dengan mendapat tempat ke lima (kuiz), tempat ke tiga (Spelling) dan  johan (Reading). Semoga usaha mereka ini akan membuka mata dan minda orang lain tentang murid LINUS.

 






Tahniah kepada semua peserta!. Teruskan kecemerlangan di masa akan datang.


Sambutan di Ambang Kemerdekaan 2014

Dengan laungan Merdeka sebanyak 7 kali, maka sambutan di ambang kemerdekaan bagi tahun 2014 telah dilaksanakan dengan rasminya. Laungan di ketuai oleh guru bertugas, En. Mohd Nor Mat Lateh telah disambut dengan megahnya oleh 400 pelajar SKSE di dataran Razah tepat jam 8.30 pagi.
Majlis sambutan di ambang kemerdekaan peringkat sekolah telah dimulakan dengan nyanyian lagu tema kemerdekaan 2014, Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta. Majlis diikuti dengan bacaan pantun dan sajak oleh pelajar-pelajar SKSE yang terpilih. 
 
Cikgu Hanisah Hamid turut mengambil peluang untuk mendeklamasikan sajak kemerdekaan (lirik lagu tema merdeka 2014)

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Pn. Pouziah Ghani, GB SKSE sempena bulan kemerdekaan 2014 ini.

Sebelum murid beredar masuk ke kelas, semua warga SKSE termasuk guru dan murid menyanyikan lagu tema sekali lagi dan lagu Tanggal 31 dengan penuh semangat patriotisme.




Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57!. 

Sabtu, 23 Ogos 2014



~ PELANCARAN "JOM SOLAT" PERINGKAT SEKOLAH 2014 ~


Pelancaran JOM SOLAT peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 23 Ogos 2014 (Sabtu) di Dataran Razah, SK Simpang Empat. JOM SOLAT adalah singkatan daripada Jalan Orang Mukmin - Solat. Pelancaran JOM SOLAT ini telah dirasmikan oleh GPK SKSE, Pn. Chek Saripah Chek Malek (menggantikan Guru Besar yang tiada di sekolah kerana urusan penanda aras ke Kelantan).
Selepas ucapan perasmian, adik Muhammad Aniq dan Muhammad Ikmal naik ke pentas untuk mengalunkan azan dan iqamat sebagai tanda simbolik gimik pelancaran JOM SOLAT ini.

Adik Muhammad Aniq mengalunkan Azan

Adik Muhammad Ikmal melafazkan iqamat

                         

Belajar-belajar juga....Bermain-bermain juga...namun yang penting Solat jangan dilupa!...

"Sesungguhnya solat itu tiang agama"....










Sabtu, 9 Ogos 2014

 Warna-warni 

Sambutan Bulan Kemerdekaan SKSE 2014









PELANCARAN BULAN KECERGASAN
PERINGKAT SEKOLAH
2014
 

 Pelancaran bulan kecergasan peringkat sekolah telah diadakan pada 7 Ogos 2014 bertempat di Dataran Razah SK Simpang Empat. Program dimulakan dengan senamrobik yang diadakan selama 15 minit dan sedikit taklimat berkaitan bulan kecergasan oleh guru penolong kanan ko-kurikulum SKSE.

Semua murid termasuk murid Pendidikan Khas dan Prasekolah telah mengambil bahagian dalam pelancaran tersebut.


 

Selasa, 5 Ogos 2014

PELANCARAN BULAN CERIA MERDEKA 2014



Pelancaran Bulan Ceria Merdeka Peringkat Sekolah 2014 telah diadakan pada hari Isnin, 21 Julai 2014 yang lalu. Bertemakan "Malaysia...Disini Lahirnya Sebuah Cinta" majlis telah diadakan di Dataran Razah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat dengan dirasmikan oleh Puan Guru Besar,Pn. Pouziah Binti Ghani.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar SK Simpang Empat yang kemudiannya menyempurnakan gimik pelancaran Bulan Ceria Medeka dengan menandatangi buku autograf yang telah disediakan. Majlis kemudian diteruskan dengan deklamasi sajak oleh murid tahun 5 dan nyanyian penuh bersemangat beberapa lagu patriotik oleh guru-guru dan murid-murid SK Simpang Empat sambil mengibarkan bendera "Jalur Gemilang".



Pelbagai aktiviti bakal dilaksanakan sepanjang Bulan Ceria Merdeka 2014 ini. Antaranya pertandingan mewarna, melukis poster, nyanyian lagi patriotik dan deklamasi sajak.
MERDEKA!...MERDEKA!..MERDEKA!...